Ia akan menyebabkan serangan penyakit Angin Ahmar atau “Strok”…!!

stroke-2

Stroke juga dikenali sebagai serangan otak, kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. Ada 2 sebab gangguan aliran darah ini berlaku iaitu sama ada aliran darah tersekat oleh darah beku atau lemak (Strok Tersumbat – Ischemic Stroke) dan juga saluran darah di bahagian otah pecah menyebabkan pengaliran darah di sekitar bahagian tisu otak (Strok Berdarah – Hemorrhage Stroke).

Otak memerlukan bekalan oksigen dan nutrient yang berterusan untuk berfungsi. Seseorang akan mendapat masalah walaupun ganguan yang singkat dalam bekalan darah terjadi di bahagian otak. Sel-sel otak mula mati apabila tidak mendapat bekalan darah atau oksigen. Apabila strok terjadi, perubahan terjadi pada otak dari segi fizikal dan komposisi kimia. Ia boleh berlanjutan selama beberapa hari dan keadaan ini dipanggil “Evolusi Strok”.

Fungsi otak akan merosot dengan kematian sel-sel otak. Ia akan menyebabkan keupayaan fizikal seseorang itu turut terjejas seperti pergerakan, pertuturan, pemikiran dan ingatan, pemakanan, emosi, fungsi usus dan pundi kencing akan terjejas. Keupayaan pemulihan penyakit ini bergantung kepada saiz dan lokasi bahagian otak bagi strok itu berlaku. Strok kecil boleh menyebabhan masalah seperti lemah di lengan atau kaki. Keadaan yang lebih kritikal boleh menyebabkan lumpuh (hilang keupayaan pergerakan bahagian badan), kehilangan keupayaan bercakap atau boleh menyebabkan kematian.

Stroke Tersumbat (Iskemic Stroke) terbahagi kepada 2 ketagori:

  • Strok Trombotik:
    Keadaan di mana salur darah tersumbat disebabkan pengumpulan lemak pada dinding kapilari salur darah di dalam otak.
  • Strok Embolik:
    Sumbatan berlaku disebabkan cebisan lemak atau darah beku yang hadir daripada bahagian tubuh yang lain dan mengalir mengikut aliran darah ke otak dan menyebabkan sumbatan pada salur kapilari darah berlaku.

Stroke Berdarah (Hemorrhage Stroke) terbahagi kepada 2 ketagori:

  • Intra-Serebral:
    Pendarahan dari saluran kapilari darah di dalam otak.
  • Sub-Raknoid:
    Pendarahan dalam ruang Sub-Raknoid (ruang di antara otak dan membran yang menyelaputi otak).

Strok Iskemik Trombotik.

Kadang-kadang gejala Strok Trombotik berlaku secara tiba-tiba dan sering berlaku samasa tidur atau pada awal pagi. Pada masa yang lain, ia mungkin berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa jam atau hari. Ia juga kadang-kadang didahului oleh beberapa kali strok kecil (Mini Stroke) yang dipanggil serangan Iskemik sementara atau TIA (Temporary Ischemic Attack). TIA boleh berlangsung dari beberapa minit ke beberapa hari sebagai tanda Serangan Strok akan berlaku. Walaupun ringan dan bersifat sementara, gejala/simptom yang ditunjukkan adalah sama seperti serangan strok yang sebenar.

Satu lagi jenis strok yang berlaku dalam pembuluh darah kecil (salur kapilari) ialah ” Infaksi Lacunar”. Lacunar berasal daripada bahsa Latin yang bermaksud “Lubang” atau “Rongga”. Infaksi Lacunar sering terjadi kepada orang yang mengalami penyakit Kencing Manis (Diabetes) dan tekanan Darah Tinggi.

stroke-1

Strok Iskemik Embolik.

Strok Embolik biasanya disebabkan oleh darah beku (embolus) yang terbentuk di bahagian badan yang lain dan bergerak melalui aliran darah ke otak. Ia sering disebabkan oleh penyakit jantung atau pembedahan jantung. Ia berlaku dengan cepat tanpa tanda-tanda awal serangan strok. Kira-kira 15% peratus daripada strok jenis ini berlaku kepada pesakit Fibrilasi Atrium (sejenis penyakit jantung berkaitan kadar irama denyutan jantung yang tidak normal).

Strok Hemorrhage Intra-Serebral.

Pendarahan Intra-Serebral biasanya disebabkan oleh tekanan Darah Tinggi (Hypertension) dan ia berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Biasanya tiada tanda-tanda amaran dan pendarahan boleh menjadi teruk menyebabkan koma dan kematian.

Strok Hemorrhage Sub-Raknoid.

Pendarahan Sub-Raknoid terjadi apabila pendarahan berlaku di antara otak dan lapisan membrane yang menyelaputi otak (di ruang Sub-Raknoid). Ia merupakan pendarahan yang sering disebabkan oleh Aneurism atau Kecacatan Arteriovenous (AVM).

  • Aneurism adalah bonjolan pada kawasan yang lemah pada dinding arteri dan mempunyai risiko untuk pecah. Ia berkembang dengan faktor tekanan Darah Tinggi atau Aterosklerosis.
  • Aneurism adalah gangguan kongenital yang terdiri daripada jaringan salur kapilari darah yang tidak tersusun dengan baik. 

Gejala/simptom Penyakit Strok Yang Biasa Dialami.

Berikut merupakan tanda-tanda yang paling biasa dialami oleh seseorang yang berpotensi mengalami Penyakit Strok. Walau bagaimanapun, setiap orang akan mengalami tanda-tanda yang berbeza mengikut fizikal seseorang. Dapatkan rawatan dengan segera apabila terdapatnya tanda-tanda serangan Strok kerana rawatan yang berkesan adalah rawatan yang dilakukan serta-merta. Hubungi “Bantuan Kecemasan” secepat yang mungkin akan menyelamatkan pesakit Strok dari lebih kritikal atau maut.

  • lemah badan atau kebas muka, lengan atau kaki terutamanya pada sebelah bahagian badan.
  • mengalami kekeliruan atau susah untuk bercakap dengan lancar seperti biasa dan memahami percakapan.
  • penglihatan bermasalah seperti keremangan atau kehilangan penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
  • berasa pening dan bermasalah dalam mengimbangi badan dan berasa kekok dalam menetukan kedudukan anggota badan.
  • bermasalah dalam pergerakan/berjalan.
  • sakit kepala yang teruk tanpa sebab.

Semua tanda-tanda di atas berkemungkinan tidak berlaku untuk semua jenis strok. Jangan abaikan apabila ia berlaku walaupun hanya sementara sahaja dan hilang selepas beberapa ketika. Gejala strok berkemungkinan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Berunding dengan Ahli Fizik (Doktor) untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Gejala-Gejala Strok Yang Lain.

Ini merupakan tanda-tanda strok yang jarang-jarang terjadi termasuklah:

  • loya secara tiba-tiba dan muntah, kemudian disusuli oleh demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan virus.
  • fikiran menjadi kosong seketika atau hilang daya kesedaran terhadap persekitaran yang membawa kepada pengsan, kekeliruan, sawan atau koma.
  • serangan Iskemik sementara (Temporary Ischemic Attack – TIA).

TIA boleh menyebabkan banyak gejala-gejala yang sama seperti Strok, tetapi ia bersifat sementara dan berakhir selepas beberapa minit atau jam. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda atau sesiapa disekitar anda yang menunjukkan gejala Strok telah berlaku. Walau bagaimanapun, tidak semua Penyakit Strok menunjukkan tanda-tanda amaran (TIA).

Stroke Boleh Dirawati …!!!

Klik butang di bawah untuk baca Testimoni :

Testimoni - 332 x 118

Guarantee :

Product Guarantee-1

Dengan Bantuan Makanan Tambahan Berkhasiat Yang Dapat Memberikan Kesihatan Salur Darah Dan Jantung. Dengan “Transfer Factor™”, Ia Dapat Meningkatkan Sistem Imun Badan Dari Sebarang Ancaman Luaran…!!

Pek Saranan Untuk Kesan MENAKJUBKAN…!!! 

kolestrol-darah-tinggi-jantung-700-x-547

4Life Transfer Factor™

Gabungan Bersama Dengan Juice TF RioVida® Yang Tinggi Antioksida.

tf-riovida-2

 Cara Pemakanan :

Button (Cara Pemakanan) - 332 x 118

Layari e-store kami.

DAPATKAN SEKARANG dengan Harga BORONG/AHLI.

_20171125_161835

Daftar percuma sebagai “Preferred Customer” untuk menikmati POTONGAN HARGA.

NOTE:

  • Ia BUKAN Ubat, Serum, Vaksin, Kolostrum, Hormon, Steroid, Enzim, Vitamin dan Galian.
  • 100% SEMULAJADI & HALAL.
  • Dapatkan dahulu KHIDMAT NASIHAT KESIHATAN PERCUMA dari kami sebelum menggunakan produk.
  • TIDAK SESUAI digunakan bagi PENERIMA ORGAN. 

 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Cara membuat PEMBELIAN Produk 4Life™.

Klik butang di bawah :

learn-more-1

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang
“Transfer Factor”…??

clickhere

learn-more-1

Hubungi Saya Di:

facebook-100-x-100          twitter-2-50-x-50

Facebook:  www.facebook.com/ainudin.b.mohamad

E-mail:   ainudin.mohamad@gmail.com

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

PENAWAR PENYAKIT

PENAWAR ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

Lain-Lain Produk :

Tri-Factor Formula®

Tri-Factor Plus®

RioVida®

Tri-Factor Chewable®

BelleVie® 

Glutamine Plus®

GluCoach®

Cardio®

BioEFA®

Pro-TF®

_20171027_174510

Advertisements

6 thoughts on “Gangguan Aliran Darah Ke Otak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s