sketch-1534789117972_1

Penyakit batu karang terjadi apabila berlaku perubahan kandungan bahan-bahan kumuh yang terdapat dalam air kencing. Perubahan yang terjadi terhadap kandungan air, bahan-bahan mineral atau garam akan menyebabkan penyakit Batu Karang. Peningkatan asid urik dan sistin asid amino juga akan menyebabkan ia terhablur menjadi Batu Karang dalam BUAH PINGGANG/GINJAL.

Dehidrasi yang berlebihan di samping pengurangan kadar pengambilan air minuman akan mempercepatkan lagi penghasilan Batu Karang. Sesetengah orang akan menghidapi penyakit Batu Karang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan dan ada juga disebabkan oleh faktor keturunan.

_20170413_225631

Tanda-Tanda Serangan Penyakit.

Apabila Batu Karang terhasil dalam buah pinggang, ia akan sering menyebabkan kesakitan secara tiba-tiba. Sakit akan menjadi semakin teruk apabila Batu Karang bergerak melalui salur Ureter ke Pundi Kencing.

Pesakit akan merasa sakit di bahagian belakang ke bawah dan kadang-kadang kesakitan dapat dirasa sehingga ke bahagian abdomen dan pangkal peha. Sakit yang kronik apabila terdapatnya darah dan Batu Karang dalam air kencing.

Panduan Kesihatan Pesakit Batu Karang.

  • Minum banyak air kosong untuk mengurangkan kepekatan air kencing.
  • Elakkan minuman manis terutamanya minuman berkarbonat.
  • Elakkan makanan yang mengandungi Vitamin B6 dan Potasium seperti barli, kentang, keledek, tepung gandum, bunga kobes dan pisang.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberry, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan gula.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat.
  • Kurangkan makanan berprotein dari sumber haiwan dan diganti dengan protein tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi dan teh.
  • Kurangkan minuman beralkohol bagi bukan Muslim.

sketch-1534788529473_1

Kaedah Semulajadi Merawat Batu Karang.

Kaedah 1.
Rebus sebatang pokok bunga matahari bersama akarnya dalam periuk yang bersesuaian saiznya dengan air yang hampir penuh sehingga tinggal segelas airnya. Tapis dan amalkan minum seperti teh sehingga beberapa hari.

Kaedah 2.
Kupas sebiji nanas dan cincang sehingga kecil. Campurkan dengan segelas air dan sedikit garam, kisar dengan blender. Amalkan minum segelas jus nanas setiap hari. Boleh juga diganti dengan sulur nanas dan dicampurkan dengan sedikit gula.

Kaedah 3.
Minum air jus lobak putih 2 kali dalam seminggu. Tidak boleh diamalkan setiap hari kerana ia bersifat tajam dan boleh memudaratkan sekiranya diambil berlebihan.

Kaedah 4.
Jus epal hijau dengan sedikit minyak zaitun diamalkan 5 gelas sehari (selama 4 hari). Boleh juga dengan hanya memakan epal hijau. Ia boleh melembutkan Batu Karang.

Kaedah PALING CEPAT dan MUDAH..!!

12-21

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50        Twitter 2 - 50 x 50       Whatsapp - 300 x 300   

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Website: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

PH_HomepageBannerAmazingDeals_FB_1200x628

Advertisements

32 thoughts on “Batu Karang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s