105968095-fd0c598c9990fb126bec0458122eb953

Semput / Asma merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan salur pernafasan. Ia berlaku apabila terdapat gangguan aliran udara yang keluar masuk ke paru-paru. Kekejangan otot dada dan sesak nafas adalah di antara simptom penyakit ini. Sekiranya ia tidak dikawal dan menjadi semakin kronik, penyakit Semput / Asma ini boleh membawa kematian/maut kepada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan Sistem Imun badan yang terlebih aktif (over-reaction) di kawasan salur pernafasan (penyakit Immunologi). Dalam keadaan seseorang itu diserang Semput / Asma, keradangan berlaku pada dinding salur pernafasan. Ini akan menyebabkan salur pernafasan akan menjadi semakin sempit terutamanya di bahagian salur bronkiol dan pesakit akan merasa sukar untuk bernafas.

Oleh itu, Semput / Asma adalah gangguan saluran udara ke paru-paru yang disebabkan oleh Keradangan Kronik. Keradangan Kronik ini disebabkan oleh Sistem Imun yang terlalu aktif atau sensitif apabila berhadapan dengan sesuatu rangsangan dari persekitaran (alahan atau cuaca). Ia merupakan “pencetus” kepada simptom penyakit Semput / Asma yang akan membuatkan pesakit menghadapi kesukaran untuk menarik nafas.

Semput / Asma terbahagi kepada 2 :

  1. Semput / Asma Alahan.
  2. Semput / Asma Bukan Alahan.

paru

Semput / Asma Alahan (Alergi).

Ia sebagai Semput Luaran (Asma Ekstrinsik/Atopik). Semput / Asma jenis ini berlaku apabila pesakit menyedut bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak mendatangkan mudarat pada individu yang sihat. Mereka yang alah/alergi kepada bahan-bahan tertentu akan mengalami simptom/gejala Semput / Asma.

Semput / Asma jenis ini Pada kebiasaannya berlaku sejak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga dewasa. Contohnya, seseorang itu berkemungkinan mempunyai alahan terhadap habuk, bulu haiwan, hama, debunga, kulat (spora) atau makanan tertentu. Ia biasanya akan disertai dengan gejala penyakit alahan yang lain seperti Rhinitis (bengkak dinding dalam hidung), Dermatitis (kulit kemerahan) dan Urtikaria (kulit membengkak).

Semput / Asma Bukan Alahan (Alergi).

Ia dikenali sebagai Semput Luaran (Asma Intrinsik). Bau-bauan, tekanan psikologi, jangkitan/infeksi atau cuaca sejuk merupakan penyumbang utama terjadinya gejala Semput / Asma Luaran. Wanita adalah lebih mudah mengidap penyakit Semput / Asma jenis ini berbanding dengan kaum lelaki.

Seseorang yang mengidap Semput / Asma jenis ini akan mengalami simptom sesak nafas dalam pelbagai keadaan, sama ada dalam keadaan yang ringan sehinggalah pada tahap kronik. Ia boleh berlanjutan dari beberapa minit sehingga ke beberapa jam dan kadang- kadang akan berlarutan sehingga beberapa hari. Ia juga kadang kalanya akan berulang setelah beberapa jam.

Simptom/Gejala Semput (Asma).

  • Sistem Imun yang terlebih aktif akan bertindak terhadap “pencetus” Semput / Asma dan keradangan berlaku. Penghasilan kukus/lendir akan meningkat dan pesakit akan batuk sebagai tindakan semulajadi badan untuk mengeluarkan kukus/lendir tersebut.
  • Apabila keradangan menjadi lebih kritikal, salur pernafasan akan menjadi semakin sempit dan menyukarkan proses pernafasan. Pengecutan dan pengembangan otot dada yang terlampau aktif dalam kadar yang tidak menentu boleh menyebabkan Spasma (kekejangan) terjadi. Keadaan ini boleh dikesan dengan bunyi pernafasan yang sesak (Ronkus).
  • Keadaan yang berlarutan akan menyebabkannya pesakit kurang mendapat bekalan oksigen yang diperlukan oleh badannya. Dalam keadaan ini, kadar denyutan jantung akan meningkat dan muka akan bertambah pucat dan kebiruan.

Ini merupakan keadaan yang KRITIKAL….!!!

Dapatkan bantuan kerana pada tahap ini, pesakit memerlukan Rawatan Pertolongan Cemas dengan segera.

Bahaya Penyakit Semput / Asma.

Sistem Imun yang tidak stabil dalam salur pernafasan menyebabkan Semput / Asma berlaku. Badan yang kurang “daya tahan” akan mempunyai Sistem Imun yang sensitif terhadap “pencetus” Semput / Asma.

Semput / Asma yang tidak dikawal akan membawa kepada simptom/gejala yang lebih teruk dan kritikal. Pesakit akan berisiko tinggi untuk dimasukkan ke hospital dan berkemungkinan akan menemui ajal/kematian.

Semput / Asma merupakan salah satu Isu Kesihatan Awam yang amat berat dan serius. Setakat ini, dicatatkan lebih dari 70 juta penduduk di Asia menghidapi penyakit Semput / Asma dan jumlahnya akan terus meningkat setiap tahun.

Cara Rawatan Semput.

  • Ubat-ubatan konvensional adalah cara yang biasanya menjadi pilihan pesakit. Ia perlu diambil dengan cara yang betul dan mendapatkan nasihat Pakar Perubatan (Doktor).
  • Pesakit akan diberikan beberapa jenis ubat-ubatan bergantung pada tahap Semput / Asma yang terjadi. Pakar Perubatan(Doktor) akan memberikan sama ada ubat suntikan (keadaan kritikal), ubat makan (simptom yang berlarutan) ataupun ubat sedutan (apabila perlu).

P/S : Penggunaan ubat-ubatan yang berlebihan dalam tempoh jangka masa yang panjang akan memberikan kemudaratan kepada pesakit.

Kesan Sampingan Ubat Sedutan:

  • Selera makan akan merosot yang disebabkan rasa kurang selesa di perut.
  • Selalu sakit kepala dan kadar denyutan jantung akan bertambah.
  • Akan menyebabkan jangkitan pada mulut, tekak dan kerongkong.
  • Akan mengganggu proses tumbesaran pada kanak-kanak yang mengidap Semput / Asma.

Rawatan Alternatif/Traditional.

  • Dalam tempoh pengambilan ubat-ubatan konvensional, pesakit perlu mengambil makanan dari sumber berkhasiat untuk meningkatkan kekuatan “Daya Tahan Penyakit”.
  • Dapatkan makanan yang biasanya diambil oleh pesakit Semput / Asma sejak dahulu lagi seperti Petola, Halia dan Madu yang amat bagus mengurangkan simptom/gejala Semput / Asma.
  • Mula untuk makan makanan yang berkhasiat dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Sekiranya sukar untuk mendapatkan sumber asli makanan berkhasiat, dapatkan dari Pemakanan Makanan Tambahan Kesihatan.
  • Penawar semulajadi untuk semua jenis penyakit adalah “Makan Apabila Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang (sebelum sendawa).

Saranan :

Dapatkan makanan Tambahan Kesihatan bagi mereka yang selalu terdedah kepada makanan harian yang tidak sihat.
Produk berkualiti 4Life Transfer Factor™ Berkesan Dalam Menangani Pelbagai Penyakit.

Set Untuk Semput / Asma.

_20180323_201631
TF RioVida® dan TF Tri-Factor®

Nota: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan di Lazada :

Copy and Paste nama produk di Laman Lazada.
Nama Produk :
4Life Transfer Factor RioVida
4Life Transfer Factor Tri-Factor Formula

lazada-logo-940x469

650534d2bc285be3e538d077d099f977

3 lagi produk yang membantu dalam “Penjagaan Kesihatan”

Adakah Doktor Anda Menyatakan Badan Banyak Toksin…!!?

3 produk yang membantu dalam “Detox Badan”

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50

Twitter 2 - 50 x 50

Whatsapp - 300 x 300
Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

PENAWAR PENYAKIT

PENAWAR ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

Lain-Lain Produk :

Tri-Factor Formula®

Tri-Factor Plus®

RioVida®

Tri-Factor Chewable®

Glutamine Plus®

GluCoach®

Cardio®

BioEFA®

Pro-TF®

TF Renuvo®

ZigzagHelplessKarakul-max-1mb

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s