Tanda Dalaman Badan Penuh Toksin.

Tabiat pemakanan yang kurang menyihatkan akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Makanan segera dan makanan ringan yang banyak mengandungi perisa dan pewarna tiruan akan menyebabkan masalah kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Ia akan menyebabkan hati akan bekerja sampi ke tahap yang maksima dan tidak sempat untuk meneutralkan lebihan sisa kimia. Lebihan sisa kimia ini tidak memudaratkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang sedikit tetapi sekiranya ia menjadi semakin banyak akan menyebabkan badan semakin bertoksin.

Cuba bayangkan dengan titisan air yang menitik perlahan-lahan ke dalam satu tong air yang besar, lama kelamaan tong air akan dipenuhi dengan air dan begitu juga yang terjadi sekiranya pengambilan bahan perisa dan pewarna secara berlebihan setiap hari akan menyebabkan badan kita akan menjadi semakin bertoksin. Apabila sampai ke satu tahap, badan akan mengalami gejala-gejala penurunan tahap kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah.

Bluetooth Solar Wath
Heart Rate Monitor
Solar Watch

1. Muka Berjerawat dan Badan Tumbuh Ruam

Pertambahan toksin dalam aliran darah akan menyebabkan pertumbuhan jerawat di muka dan kadang-kadang di bahagian belakang badan juga. Ruam-ruam kemerahan akan tumbuh juga di bahagian kulit badan yang sensitive disebabkan kehadiran toksin berlebihan ini. Jadi kita haruslah sentiasa peka terhadap apa-apa perubahan yang terjadi pada badan kita kerana setiap apa yang terjadi itu ada penyebabnya.

2. Warna Kemerahan Pada Lidah Bertukar Keputihan Atau Kekuningan

Seseorang yang dalam keadaan yang sihat biasanya mempunyai warna lidah yang kemerahan. Toksin berlebihan dalam darah akan menyebabkan warna lidah bertukar menjadi warna keputihan pada peringkat awalnya dan akan bertukar ke warna kekuningan sekiranya dibiarkan berlanjutan. Keadaan akan bertambah teruk apabila mulut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

3. Hidung Akan Menjadi Sensitif Terhadap Bau-Bauan

Seseorang yang mempunyai kadar taksin yang tinggi dalam badan akan merasa tidak selesa dengan bau-bauan terutamanya bau minyak wangi. Mereka akan mudah merasa pening kepala sekiranya terdedah lama kepada bau-bauan ini.

4. Keinginan Bertambah Kepada Makanan dan Minuman Yang Manis

Kemungkinan besar badan seseorang itu penuh toksin sekiranya dia sangat menggemari makanan dan minuman yang manis-manis sehinggakan sentiasa terfikir tentang makanan dan minuman kegemarannya. Ia merupakan salah satu sebab mengapa berat badan susah nak susut.

5. Berat Badan Bertambah dan Susah Nak Susut

Sekiranya seseorang itu mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dan berlebihan, lama kelamaan berat badan akan bertambah sedikit demi sedikit. Yang paling membimbangkan apabila ia susah nak turun walaupun telah menggunakan berbagai-bagai cara seperti mengawal makan dengan berdiet, makan makanan tambahan mahu pun bersenam. Sekiranya tidak diatasi dengan cara yang betul akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius lagi.

6. Masalah Ketika Membuang Air Besar Kerana Sembelit

Apabila kandungan toksin dalam badan bertambah, kandungan air dalam system pencernaan akan lebih digunakan dalam pembuangan toksin melalui air kencing. Keadaan akan bertambah mudarat sekiranya seseorang itu kurang minum air kosong. Jadi badan akan menyerap kandungan air dalam usus untuk meneutralkan darah semula dan ini akan menyebabkan gejala sembelit terjadi.

7. Badan Lesu dan Tidak Bertenaga

Kandungan toksin yang tinggi ini akan mengurangkan penyerapan oksigen dalam aliran darah. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel badan kekurangan sumber oksigen untuk menjana tenaga. Apabila tenaga kurang dijana akan menyebabkan badan berasa lesu dan tidak bermaya.

8. Kesukaran Untuk Tidur Malam (Insomnia)

Ia bukan disebabkan oleh seseorang yang sangat gemar bermain dengan gadjet-gadjet seperti permainan video atau talifon pintar mereka. Selalunya kita memerlukan keadaan yang selesa untuk melelapkan mata tetapi dalam keadaan badan penuh toksin ini akan menyebabkan keselesaan badan akan berkurangan walaupun badan telah letih. Sama ada bakan berasa lesu yang teramat ataupun akan terasa bahang yang akan membuatkan kita susah untuk melelapkan mata.

9. Sifat Keperibadian Yang Berubah-Ubah

Apabila badan seseorang yang tinggi kadar toksinnya akan menyebabkan gejala-gejala yang dinyatakan di atas. Keadaan ini akan menyebabkan keseimbangan hormone-hormon dalam badan berubah dan menyumbang kepada perubahan pertimbangan, perasaan dan jiwa seseorang. Mood yang kurang seimbang ini boleh menimbulkan tekanan sehingga boleh menyebabkan kepada tekanan jiwa (depression).

10. Tiada Kesan Apabila Mengamalkan Makanan Tambahan (Supplement)

Kadar toksin yang tinggi dalam aliran darah akan menghalang penyerapan berbagai-bagai nutrient dalam saluran pencernaan yang diperlukan oleh badan. Ini akan menyebabkan badan kekurangan nutrient dan menyumbang kepada kelesuan dan keletihan badan. Lemak yang tidak dapat dicernakan dengan baik (disebabkan oleh hormone yang tidak seimbang) juga menyebabkan ia menutup permukaan saluran pencernaan yang sangat berguna bagi penyerapan nutrient. Ini merupakan sebab seseorang perlu detox sebelum menggunakan makanan tambahan kesihatan untuk mengoptimumkan penyerapan nutrient.

Gejala-gejala di atas merupakan tanda-tanda bagi seseorang yang mnengandungi kandungan toksin dalam darah yang tinggi. Maka adalah penting bagi mereka mengamalkan pula pemakanan makanan harian atau makanan tambahan yang khusus mensasarkan untuk detox usus atau saluran pencernaan badan bagi mengembalikan semula kesihatan yang semakin merosot.

*KENAPA PENTING DAN PERLU DETOX*

Detox adalah proses membersihkan dinding usus , di mana segala Toksin (toxin) ,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar /kecil dan peluh . .

Selepas dinding usus kita bersih barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum..

Kerana itulah DETOX Sangat Penting sebelum kita mengambil sebarang vitamin atau supplement . .

_20180315_003453

Set Detox Program 10 Hari Yang Ringkas dan Mudah.

12-21

Ketahui tentang kebaikan Program 10 Hari Detox dengan khasiat dari 23 jenis herba terpilih.

Hubungi Saya Di Sini :

E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com

Lain-Lain Produk Kesihatan :

Tri-Factor Formula®

Tri-Factor Plus®

RioVida®

Tri-Factor Chewable®

BelleVie®

Glutamine Plus®

GluCoach®

Cardio®

BioEFA®

Pro-TF®

TF Renuvo®

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KERADANGAN

COVID-19

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s