Sejak zaman dahulu kala lagi buah mengkudu atau buah noni (morinda citrifolia) yang merupakan pokok dari spesies kopi yang banyak tumbuh di Australia, India dan Asia Tenggara mempunyai berbagai-bagai khasiat dalam mengubati penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Ianya mengandungi kandungan sebatian yang tinggi dengan karbohidrat polisakarida, protein, vitamin dan mineral. Sebatian karbohidrat polisakarida seperti glikosida, asid glukoronik, rhamnose dan arabinose memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit (sistem imunisasi). Pokoknya bersaiz sederhana, mempunyai daun yang lebar dan boleh mencapai ketinggian antara 3 ke 8 meter.

Ia amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur tetapi adalah amat tidak disarankan pemakanannya terhadap ibu-ibu yang sedang mengandung dan sedang menyusukan anak. Ia juga akan memudaratkan kepada pesakit ginjal. Adalah lebih baik untuk mendapatkan saranan daripada doktor anda sebelum menggunakannya sekiranya anda sedang mengalami penyakit yang kronik. Ini disebabkan mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan yang boleh mendatangkan mudarat kepada badan sekiranya diambil dalam kuantiti yang terlampau banyak. Ia juga mengandungi kalium yang tidak bagus diambil dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan masalah buah ginjal dan jantung. Ia juga boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit Hyperkalemia (tinggi kalium dalam darah). Oleh itu ia tidak disarankan kepada mereka yang sedang mengambil rawatan ubat-ubatan.

Ramai orang tidak suka menggunakannya disebabkan bau buah ini amat tidak menyenangkan seperti makanan yang telah rosak (tengit) apabila buah ini dalam keadaan masak ranum dan sedikit lembik. Keadaan buahnya adalah sedikit menggerutu dan terdapat banyak biji. Bukan hanya buahnya sahaja yang boleh dibuat jus tetapi pucuk mengkudu juga enak dimakan sebagai ulam-ulaman yang berkhasiat.

Buah mengkudu mengandungi berbagai-bagai nutrien dan kebaikan tersendiri yang tidak terdapat pada mana-mana makanan walaupun baunya kurang menyenangkan. Ia mengandungi berbagai-bagai vitamin yang bagus untuk kesihatan badan dan dikatakan seperti steroid semulajadi.

Advertisement:

Khasiat Nutrien Jus Mengkudu

Advertisement:

1. Tinggi Antioksida

Polifenol dan Flavonoid yang ada dalam buah mengkudu adalah merupakan bahan tinggi antioksida yang dapat melawan aktiviti radikal bebas di dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi dan melindungi sel daripada rosak. Radikal bebas ini terhasil disebabkan badan kekurangan zat untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Kadar radikal bebas di dalam badan akan bertambah dengan tekanan perasaan dan pencemaran persekitaran seterusnya akan menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi badan menjadi lemah maka akan membuatkan kita mudah jatuh sakit.

2. Menyembuhkan Luka

Kajian telah dijalankan dan terbukti bahawa khasiat ekstrak mengkudu dapat menutup luka dengan cepat dan seterusnya meningkat kadar penyembuhan luka. Sifat anti-oksida dan anti-keradangan yang tinggi terdapat dalam buah mengkudu berupaya menyembuhkan luka dengan cepat.

3. Anti-Virus, Anti-Bakteria dan Anti-Kulat

Berbagai-bagai kajian telah dijalankan terhadap ekstrak buah dan daun mengkudu yang terbukti boleh melawan mikro organisma seperti Escherichia Coli, Staphylococcus Aureus, S. Aureus dan Candida Albicans yang biasa boleh menyebabkan penyakit terhadap manusia. Buah mengkudu mengandungi scopoletin yang yang berfungsi sebagai bahan anti-radang dan anti-bakteria. Oleh itu mengkudu berupaya melawan jangkitan penyakit yang disebabkan mikro organisma merbahaya ini.

4. Meningkatkan Ketahanan Fizikal

Kajian terhadap beberapa atlet yang meminum jus mengkudu sebanyak 100ml, 2 kali sehari selama 3 minggu mendapati ia dapat melawan kepenatan dan meningkatkan potensi fizikal atlet tersebut. Hal ini boleh dikaitkan dengan fungsi tinggi antioksida yang dapat mengurangkan keradangan dan kerosakan tisu otot semasa melakukan senaman fizikal. Kandungan protein larut air tinggi dalam mengkudu dapat meningkatkan

5. Kesihatan Kulit

Terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan membuatkan kulit menjadi kemerahan dan membengkak disebabkan keradangan. Terdapat kajian telah membuktikan bahawa ekstrak daun mengkudu dapat dapat melindungi kulit dari sinaran UV.

Selain itu, penggunaan jus mengkudu, minyak biji mengkudu dan jus daun mengkudu yang kaya dengan vitamin C ini dapat mengurangkan kedutan dan mengembalikan semula keanjalan kulit.

6. Mengawal Kandungan Lemak

Jus mengkudu dapat mengawal kadar bacaan lipid (kandungan lemak) dalam darah. Kajian menunjukkan bahawa ia dapat menurunkan kadar kolesterol, trigliserida dan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah pada pesakit yang mempunyai masalah tingggi kolesterol. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam darah.

7. Mencegah Obesiti

Satu kajian yang dilakukan terhadap seorang lelaki dewasa yang mempunyai masalah obesiti telah mendapati bahawa pengambilan jus mengkudu selama 6 minggu dapat mengurangkan ukur lilit pinggang dan mengurangkan BMI badannya.

8. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Kajian telah dibuat terhadap pesakit kencing manis tahap 2 telah membuktikan bahawa pengambilan jus mengkudu sebanyak lebih kurang 120ml (2ml x berat badan) sekerap 2 kali sehari selama 8 minggu dapat mengurangkan bacaan gula dalam darah dan ianya dapat bertahan selama tiga bulan.

9. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kajian telah dibuat terhadap pesakit darah tinggi (hipertensi) telah membuktikan bahawa pengambilan jus mengkudu sebanyak 59ml sekerap 2 kali sehari selama 4 minggu dapat menurunkan kadar tekanan darah tinggi pesakit tersebut. Sifat anti-oksida dan anti-radang yang tinggi dapat meningkatkan fungsi salur darah dan boleh mencegah serangan sakit jantung dan stroke.

10. Merawat Penyakit Artritis

Penyakit artritis adalah sejenis sakit sendi yang mempunyai simptom seperti kesakitan, kemerahan, pembengkakan dan kekejangan pada sendi akibat dari kerosakan sendi dan jangkitan kuman di sendi. Kandungan flavanoid dan fenol yang terdapat dalam buah mengkudu merupakan bahan yang bersifat anti-artritis kerana mempunyai bahan anti-oksida dan anti-radang yang tinggi dan dapat menurunkan risiko terkena gout. Kajian yang dilakukan terhadap pesakit osteo-artritis mendapati bahawa pengambilan jus mengkudu dapat mengurangkan dan melegakan kesakitan pada sendi dan ianya mencegah dari menjadi bertambah buruk.

11. Mencegah Kanser

Kandungan jus mengkudu yang bersifat tinggi anti-oksida dan anti-radang ini boleh melawan pertumbuhan dan penyebaran sel kanser dalam badan. Kebanyakan sel kanser yang terhasil di dalam badan adalah akibat daripada aktiviti radikal bebas dan ia dapat dicegah dengan pengambilan jus mengkudu yang bersifat anti-tumur dari kandungan zat polisakarida yang sangat tinggi.

12. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Kandungan jus buah mengkudu yang tinggi kandungan vitamin C dan tinggi antioksida boleh meningkatkan kekebalan tubuh (sistem imunisasi) dalam melawan penyakit. Kandungan antioksida yang tinggi ini berupaya melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel dalam badan seterusnya meningkatkan sistem imunisasi.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam jus mengkudu selain yang dinyatkan di atas. Di antaranya ialah dapat mengurangkan sakit ketika haid pada wanita, melenyakkan tidur, mengurangkan sakit kepala, demam, selsema, merawat ulser mulut, merawat sakit tekak dan batuk, merawat kegatalan kulit kepala, gangguan sistem saraf, meningkatkan fungsi otak, kesihatan jantung, kesihatan sistem pencernaan, kesihatan hati, gout, kekuatan tulang dan banyak lagi.

Advertisement:

Cara Membuat Jus Mengkudu Yang Enak

1. Gunakan 2 biji buah mengkudu yang hampir ranum kerana mengkudu yang sudah masak ranum dan lembik mempunyai bau tengik yang sangat kuat. Cuci bersih-bersih dengan air.

2. Potong buah mengkudu kepada beberapa hirisan dan masukkan ke dalam periuk untuk direbus bersama lebih kurang 500ml air.

3. Masukkan sebatang kayu manis dan sehelai daun pandan yang telah diikat. Rebus sehingga tinggal separuh air rebusan buah mengkudu dengan api yang sederhana.

4. Setelah rebusan selesai, biarkan seketika untuk menyejukkan sedikit supaya tidak terlalu panas untuk diminum. Setelah sejuk sedikit, tapis air rebusan ke dalam gelas.

5. Campurkan sedikit madu (3 sudu kecil) dan jus mengkudu anda telah tersedia untuk diminum 2 kali sehari (pagi dan petang).

– Selamat Mencuba –

Advertisement:

Hubungi Saya Di Sini :

E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com

Lain-Lain Produk Kesihatan :

Tri-Factor Formula®

Tri-Factor Plus®

RioVida®

Tri-Factor Chewable®

BelleVie®

Glutamine Plus®

GluCoach®

Cardio®

BioEFA®

Pro-TF®

TF Renuvo®

Advertisement:

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KERADANGAN

COVID-19

Advertisement:

Advertisement:

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s