About

sketch-1534789117972_1

“EasyHealthDesk”.

               Di dalam kepesatan ekonomi Malaysia, kita sering dilalaikan dengan timbunan kerja yang sangat banyak di pejabat mahu pun di kawasan lapangan. Ini menyebabkan ramai di antara kita yang tidak mengendahkan kesihatan tubuh badan kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang kebanyakannya membawa kemudaratan. Lebih daripada separuh yang mempunyai tabiat makanan yang tidak baik dan jauh sekali untuk melakukan aktiviti senam riadah yang sepatutnya harus dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita disebabkan terlalu letih bekerja.

Entrepreneur (4) - 300 x 300

               Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kebanyakan di antara kita akan berakhir dengan sakit yang dianggap lumrah bagi sesetengah pihak. Majoriti di antara kita pasti akan mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang merupakan penyakit 3 serangkai yang sangat digeruni oleh setiap individu. Tetapi sekiranya difikirkan sebaik mungkin, ia boleh dielakkan dengan mudah sekiranya kita mendapat panduan yang betul tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tidakkah anda mahu menghabiskan zaman emas anda bergembira bersama-sama orang yang tersayang, menghabiskan masa bersiar-siar diwaktu petang, bercuti ke mana-mana tempat yang menarik, makan di restoran kegemaran keluarga, pergi menonton wayang bersama cucu tersayang dan macam-macam lagi aktiviti yang menyeronokkan. Dan bukannya menghabiskan masa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan sehinggalah ke akhirnya pergi meninggalkan dunia di atas katil dengan kesakitan yang dialami. Fikir-fikirkanlah, sayangi diri, sayangi keluarga anda.

PH_HomepageBannerAmazingDeals_FB_1200x628

               Terpanggil dengan pemerhatian yang memilukan ini membuatkan wujudnya “EasyHealthDesk” untuk memberikan seberapa banyak maklumat tentang penjagaan kesihatan sambil belajar perkara-perkara yang baru tentang penjagaan kesihatan tubuh badan. Diharap laman ini akan banyak membantu sesiapa sahaja yang memerlukan kaedah-kaedah yang dipakai secara semulajadi yang tidak memerlukan belanja yang besar selain daripada kaedah conventional. Cara yang paling baik adalah kaedah pencegahan dari awal dengan memastikan dan mengetahui dengan terperinci tentang apa yang kita makan dan aktiviti seharian yang kita lakukan. Dengan cara ini, kita sendiri boleh mengetahui tentang kesihatan kita pada masa yang akan dating, bak kata orang-orang tua “mulanya baik, pasti akhirannya juga baik”.

Hubungi Saya Di :

Facebook -50 x 50         Twitter 2 - 50 x 50        Whatsapp - 300 x 300

Sertai (Like, Follow & Share) halaman FB “Easy Living” untuk pelbagai tips dan ORDER :

ELB Click Here

sketch-1534788529473_1

Advertisements