Masalah Kegemukan

Masalah Kegemukan

sketch-1534789117972_1

Apabila kita bercakap dalam topik kegemukan (berat badan berlebihan), adalah menjadi kelaziman bahawa kebanyakannya masyarakat kita mempunyai kuantiti lemak dalam badan yang berlebihan. Ia bukan satu masalah kegemukan (berat badan berlebihan) sekiranya seseorang itu mempunyai jisim otot yang lebih dan tidak ramai yang mempunyai keadaan fizikal yang sedemikian kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi dalam pembinaan otot badan.

Indek Berat Badan (BMI) yang ideal dan normal adalah di antara 18.5 – 22.9 manakala seseorang itu mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan) atau Obesiti apabila mempunyai Indek Berat Badan (BMI) yang lebih dari 27.5 yang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk diserang Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Jantung.

BERAPA BMI ANDA…!!!

Cara pengiraan Indek Berat Badan (BMI).

_20180419_215255

Kurang Berat : < 18.5
Normal : 18.5 – 22.9
Lebih Berat : 23.0 – 27.4
Obesiti : > 27.5

Dalam masalah kegemukan (berat badan berlebihan) ini biasanya tertumpu pada Lemak Viseral. Lemak Viseral merupakan faktor utama dalam masalah kegemukan (berat badan berlebihan). Ia merupakan lemak yang terdapat dalam Abdomen yang membalut organ dalaman dalam badan. Ia berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada organ dalaman apabila diperlukan. Lemak Surfikal pula adalah lemak yang terdapat di bawah kulit yang dapat membekalkan tenaga kepada organ di sekitar kulit.

Apa yang mahu saya tekankan di sini adalah mengenai faktor utama yang boleh menyebabkan perubahan berat badan. Tahap Kalori yang terdapat dalam makanan harian kita sebenarnya dapat memberikan kesan terhadap jisim Lemak Viseral dan Surfikal dalam badan kita dan menyumbang kepada masalah kegemukan (berat badan berlebihan). Lihat formula di bawah untuk anda lebih faham bagaimana kadar kalori dapat memberikan kesan terhadap masalah kegemukan (berat badan berlebihan).

Seseorang akan mengekalkan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) = Kalori keluar (tenaga keluar)

Seseorang akan kehilangan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) < Kalori keluar (tenaga keluar)
* < (bermaksud lebih rendah)

Seseorang akan mengalami pertambahan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) > Kalori keluar (tenaga keluar)
* > (bermaksud lebih tinggi)

Kita boleh mendapatkan bekalan Kalori (tenaga) masuk melalui makanan harian kita dan mengeluarkan semula Kalori (tenaga) ini daripada aktiviti harian kita seperti bekerja dan bersenam.

Jadi, dapat kita simpulkan di sini bahawa kadar Lemak dalam badan dapat dikawal sekiranya kita memahami apa yang kita makan dan makan makanan yang sesuai bergantung pada aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Cara ini akan membantu seseorang itu dari mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan).

  • kawalan kuantiti makanan yang kita makan untuk menghadkan kadar Kalori yang masuk dalam badan.
  • kita mesti membakar lebih Kalori daripada jumlah Kalori yang kita makan.
  • makan makanan yang sihat dalam jumlah yang banyak juga akan menyumbang kepada masalah kegemukan (berat badan berlebihan).

_20180418_224843

ADAKAH ANDA MENGALAMI SITUASI BERIKUT..?

  • terlebih berat badan atau Obesiti (masalah kegemukan).
  • inginkan berat badan yang lebih sihat.
  • kerap makan di luar.
  • terlampau sibuk sehinggakan kurang masa untuk memasak.
  • inginkan sesuatu yang berkhasiat untuk sarapan anak-anak anda.
  • pengidap Diabetes yang mahukan makanan yang sesuai.

Atasi Masalah Kegemukan (Berat Badan Berlebihan)…!!!

(12)-2.png

 

Hubungi Saya Di Sini :

Facebook -50 x 50      Twitter 2 - 50 x 50     Whatsapp - 300 x 300

Facebook:
www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KERADANGAN

sketch-1534788529473_1

Advertisements

Keradangan (Inflammation)

Keradangan (Inflammation)

sketch-1534789117972_1

Keradangan.

Apakah itu Keradangan..??
Keradangan ada kaitan yang sangat rapat dengan STRES / TEKANAN…!!
Keradangan biasa berkaitan dengan penuaan dimana seseorang itu kebiasaannya akan mengalami kehilangan jisim otot, pertambahan lemak dalam badan dan penurunan fungsi seksual dan kognitif.

Tahukah anda apa itu Keradangan..???

Ia adalah situasi di mana terjadinya bengkak di bahagian-bahagian badan. Bahagian badan tersebut akan menjadi kemerah-merahan dan terasa panas. Keradangan biasanya terjadi akibat tercedera dan juga jangkitan kuman, bakteria, virus atau kulat.

Keradangan Adalah Punca Penyakit…!!!!

Apabila umur kita semakin meningkat, kebanyakannya fungsi badan semakin merosot. Pada kebiasaannya, seseorang itu akan mengalami kemerosotan dalam fungsi adrenal, kesihatan seksual, kekuatan otot, fungsi otak, sistem Metabolisma dan juga penglihatan.
Stres / Tekanan yang timbul akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Ini kerana apabila seseorang itu dalam keadaan Stres, banyak Sistem Badan akan terganggu dan akan menggalakkan keradangan (punca penyakit) terjadi dalam bahagian-bahagian badan yang tertentu. Oleh itu, ….

“Keradangan Adalah Tindak Balas Akibat Stres / Tekanan”.

Stres /Tekanan terbahagi kepada 4 bahagian :
– Stres / Tekanan persekitaran.
– Stres / Tekanan Mental.
– Stres / Tekanan Fizikal (pemakanan).
– Stres /Tekanan emosi.
Tidak hairan lah sekiranya seseorang yang selalu Stres /Tekanan akan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih awal dari keadaan normal. Adalah penting seseorang itu mengawal kadar Stres / Tekanan yang timbul agar tidak memudaratkan badan. Keradangan (Punca Penyakit) yang berlaku akan mengundang kepada pelbagai penyakit yang disebabkan oleh fungsi Sistem Badan yang tidak seimbang.

Apa Yang Anda Perlukan..!!

Kandungan Adaptogen diperlukan oleh badan bagi membantu mengawal kadar Stres / Tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Ia membantu memulihkan keseimbangan fungsi badan secara menyeluruh.

Apakah campuran Adaptogen semulajadi yang baik untuk badan…??
Akar Polygonum Cuspidatum., Teh Hijau, Lada Hitam, Kunyit, Akar Ashwagandhar, Akar Rhaponticum Carthamoids, Buah Schisandra Chinensis dan L-Carnitine amat bagus dijadikan sumber Adaptogen yang sangat berkesan bagi Pengurusan Stres / Tekanan.

Dapatkan kesemua bahan-bahan semulajadi di atas :

(12)-2.png

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50       Twitter 2 - 50 x 50      Whatsapp - 300 x 300  

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

sketch-1534788529473_1

Sakit Kepala / Migraine

Sakit Kepala / Migraine

sketch-1534789117972_1

Penyakit Sakit Kepala/Migraine merupakan satu lagi jenis penyakit yang kerap melanda masyarakat kita. Ia boleh menimbulkan gejala/simptom seperti berikut :

  • kerap sakit kepala dalam tempoh yang panjang.
  • rasa seperti kepala ditekan-tekan dan nak pecah (berdenyut-denyut sakitnya).
  • ada kalanya sampai ke tahap yang teramat sakit sehingga mata pesakit akan berair (keluar air mata) dan rasa nak muntah.

Sebab Sakit Kepala/Migraine.

Seseorang yang diserang Sakit Kepala/Migraine tidak akan tahan kepada bunyi yang kuat dan juga mata pesakit akan menjadi terlalu sensitif kepada keamatan cahaya yang sangat terang. Pada kebiasaannya, mereka akan rasa lega sedikit dengan hanya berbaring untuk mengelakkan dari banyak bergerak kerana ia akan menjadikan Sakit Kepala/Migraine akan bertambah teruk.

Pada ketika seseorang diserang penyakit Sakit Kepala/Migraine, kadar degupan jantung menjadi lemah dan kurang dari keadaan normal. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah yang tidak sihat ke otak dan mengurangkan bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh otak. Seseorang yang terlampau penat dan kurang rehat akan menyebabkan jantung menjadi lemah dan kurang kekuatan untuk mengepam darah ke otak.

Sakit Kepala/Migraine ini biasanya dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja. Pada keadaan yang lebih teruk, pesakit Sakit Kepala/Migraine akan merasa sakit pada seluruh bahagian kepala.

Faktor-Faktor Penyebab Sakit Kepala/Migraine.

  • kandungan garam yang tinggi dalam makanan yang masin seperti keju.
  • makanan yang mengandungi bahan pengawet.
  • makanan yang tinggi kandungan Monosodium Glutamate (MSG) sebagai penambah rasa.
  • minuman yang mengandungi Kafein dan juga minuman beralkohol.
  • ubat-ubatan hormon yang digunakan dalam perancang kehamilan dan juga terapi hormon.
  • kurang rehat dan waktu tidur yang tidak menentu.
    tekanan/stress.
  • gangguan pada deria seperti bunyi yang kuat, cahaya yang silau/terang dari sumber matahari atau lampu.
  • bau-bauan yang terlampau kuat.
  • kadar kolesterol yang tinggi dalam darah.

Nota: Faktor dan kesan adalah berbeza pada setiap orang.

Dapat disimpulkan bahawa Sakit Kepala/Migraine ini disebabkan oleh fungsi Sistem Kardiovaskular yang tidak sihat. PengidapSakit Kepala/Migraine haruslah menjaga pemakanan harian mereka supaya mengambil makanan yang lebih menyihatkan badan mereka pada setiap hari terutama makanan yang baik dan berkhasiat untuk fungsi Salur Darah dan kesihatan Jantung.

Cara Mengatasi Sakit Kepala/Migraine.

Ada di antara pengidap Sakit Kepala/Migraine akan bertindak agresif seperti menghentakkan kepala ke dinding kerana tidak tahan menanggung kesakitan. Sakit di bahagian mata boleh dilegakan dengan meletakkan timun atau kain basah pada kelopak mata. Cara yang paling banyak digunakan adalah dengan menggunakan minyak angin, menampal koyok atau makan ubat tahan sakit (pain killer).

Untuk pengetahuan pembaca, Sakit Kepala/Migraine sebenarnya boleh dielakkan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang sebagai cara yang paling berkesan/efektif. Pengidap Sakit Kepala/Migraine haruslah mula mengamalkan “Cara Hidup Sihat” dengan :

  • mengurangkan dari memakan makanan yang mengandungi perasa atau pewarna tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan.
  • melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari akan dapat meningkatkan kekuatan Sistem Kardiovaskular.
  • mengelakkan dari makanan berlemak dan tinggi kolesterol.
    makan apabila sudah lapar dan berhenti sebelum kenyang/sendawa amat baik untuk kesihatan.

Saranan :

Bagi mereka yang tidak dapat mengelak dan terdedah kepada makanan harian yang kurang mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh badan, disarankan mengambil Makanan Tambahan Kesihatan seperti minuman jus buah-buahan yang tinggi Antioksidan, herba-herba traditional dan juga ekstrak dari bahan-bahan semulajadi yang berbentuk kapsul.

Tingkatkan kekuatan Sistem Imun badan untuk MENGENAL, BERTINDAK dan MENGINGATI sebarang ancaman kesihatan yang sedia ada dan yang mendatang.

Dapatkan makanan berkhasiat yang memberikan sokongan kesihatan kepada Sistem Kardiovaskular (jantung dan salur darah).

12-21

Hubungi Saya Di:

facebook-100-x-100       twitter-2-100-x-100       Whatsapp - 300 x 300 __

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

DIALISIS

KOLESTEROL

SAKIT GINJAL

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

KEGEMUKAN

KERADANGAN

sketch-1534788529473_1

Asthma/Lelah/Semput

Asthma/Lelah/Semput

sketch-1534789117972_1

Semput / Asma merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan salur pernafasan. Ia berlaku apabila terdapat gangguan aliran udara yang keluar masuk ke paru-paru. Kekejangan otot dada dan sesak nafas adalah di antara simptom penyakit ini. Sekiranya ia tidak dikawal dan menjadi semakin kronik, penyakit Semput / Asma ini boleh membawa kematian/maut kepada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan Sistem Imun badan yang terlebih aktif (over-reaction) di kawasan salur pernafasan (penyakit Immunologi). Dalam keadaan seseorang itu diserang Semput / Asma, keradangan berlaku pada dinding salur pernafasan. Ini akan menyebabkan salur pernafasan akan menjadi semakin sempit terutamanya di bahagian salur bronkiol dan pesakit akan merasa sukar untuk bernafas.

Oleh itu, Semput / Asma adalah gangguan saluran udara ke paru-paru yang disebabkan oleh Keradangan Kronik. Keradangan Kronik ini disebabkan oleh Sistem Imun yang terlalu aktif atau sensitif apabila berhadapan dengan sesuatu rangsangan dari persekitaran (alahan atau cuaca). Ia merupakan “pencetus” kepada simptom penyakit Semput / Asma yang akan membuatkan pesakit menghadapi kesukaran untuk menarik nafas.

Semput / Asma terbahagi kepada 2 :

  1. Semput / Asma Alahan.
  2. Semput / Asma Bukan Alahan.

paru

Semput / Asma Alahan (Alergi).

Ia sebagai Semput Luaran (Asma Ekstrinsik/Atopik). Semput / Asma jenis ini berlaku apabila pesakit menyedut bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak mendatangkan mudarat pada individu yang sihat. Mereka yang alah/alergi kepada bahan-bahan tertentu akan mengalami simptom/gejala Semput / Asma.

Semput / Asma jenis ini Pada kebiasaannya berlaku sejak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga dewasa. Contohnya, seseorang itu berkemungkinan mempunyai alahan terhadap habuk, bulu haiwan, hama, debunga, kulat (spora) atau makanan tertentu. Ia biasanya akan disertai dengan gejala penyakit alahan yang lain seperti Rhinitis (bengkak dinding dalam hidung), Dermatitis (kulit kemerahan) dan Urtikaria (kulit membengkak).

Semput / Asma Bukan Alahan (Alergi).

Ia dikenali sebagai Semput Luaran (Asma Intrinsik). Bau-bauan, tekanan psikologi, jangkitan/infeksi atau cuaca sejuk merupakan penyumbang utama terjadinya gejala Semput / Asma Luaran. Wanita adalah lebih mudah mengidap penyakit Semput / Asma jenis ini berbanding dengan kaum lelaki.

Seseorang yang mengidap Semput / Asma jenis ini akan mengalami simptom sesak nafas dalam pelbagai keadaan, sama ada dalam keadaan yang ringan sehinggalah pada tahap kronik. Ia boleh berlanjutan dari beberapa minit sehingga ke beberapa jam dan kadang- kadang akan berlarutan sehingga beberapa hari. Ia juga kadang kalanya akan berulang setelah beberapa jam.

Simptom/Gejala Semput (Asma).

  • Sistem Imun yang terlebih aktif akan bertindak terhadap “pencetus” Semput / Asma dan keradangan berlaku. Penghasilan kukus/lendir akan meningkat dan pesakit akan batuk sebagai tindakan semulajadi badan untuk mengeluarkan kukus/lendir tersebut.
  • Apabila keradangan menjadi lebih kritikal, salur pernafasan akan menjadi semakin sempit dan menyukarkan proses pernafasan. Pengecutan dan pengembangan otot dada yang terlampau aktif dalam kadar yang tidak menentu boleh menyebabkan Spasma (kekejangan) terjadi. Keadaan ini boleh dikesan dengan bunyi pernafasan yang sesak (Ronkus).
  • Keadaan yang berlarutan akan menyebabkannya pesakit kurang mendapat bekalan oksigen yang diperlukan oleh badannya. Dalam keadaan ini, kadar denyutan jantung akan meningkat dan muka akan bertambah pucat dan kebiruan.

Ini merupakan keadaan yang KRITIKAL….!!!

Dapatkan bantuan kerana pada tahap ini, pesakit memerlukan Rawatan Pertolongan Cemas dengan segera.

Bahaya Penyakit Semput / Asma.

Sistem Imun yang tidak stabil dalam salur pernafasan menyebabkan Semput / Asma berlaku. Badan yang kurang “daya tahan” akan mempunyai Sistem Imun yang sensitif terhadap “pencetus” Semput / Asma.

Semput / Asma yang tidak dikawal akan membawa kepada simptom/gejala yang lebih teruk dan kritikal. Pesakit akan berisiko tinggi untuk dimasukkan ke hospital dan berkemungkinan akan menemui ajal/kematian.

Semput / Asma merupakan salah satu Isu Kesihatan Awam yang amat berat dan serius. Setakat ini, dicatatkan lebih dari 70 juta penduduk di Asia menghidapi penyakit Semput / Asma dan jumlahnya akan terus meningkat setiap tahun.

Cara Rawatan Semput.

  • Ubat-ubatan konvensional adalah cara yang biasanya menjadi pilihan pesakit. Ia perlu diambil dengan cara yang betul dan mendapatkan nasihat Pakar Perubatan (Doktor).
  • Pesakit akan diberikan beberapa jenis ubat-ubatan bergantung pada tahap Semput / Asma yang terjadi. Pakar Perubatan(Doktor) akan memberikan sama ada ubat suntikan (keadaan kritikal), ubat makan (simptom yang berlarutan) ataupun ubat sedutan (apabila perlu).

P/S : Penggunaan ubat-ubatan yang berlebihan dalam tempoh jangka masa yang panjang akan memberikan kemudaratan kepada pesakit.

Kesan Sampingan Ubat Sedutan:

  • Selera makan akan merosot yang disebabkan rasa kurang selesa di perut.
  • Selalu sakit kepala dan kadar denyutan jantung akan bertambah.
  • Akan menyebabkan jangkitan pada mulut, tekak dan kerongkong.
  • Akan mengganggu proses tumbesaran pada kanak-kanak yang mengidap Semput / Asma.

Rawatan Alternatif/Traditional.

  • Dalam tempoh pengambilan ubat-ubatan konvensional, pesakit perlu mengambil makanan dari sumber berkhasiat untuk meningkatkan kekuatan “Daya Tahan Penyakit”.
  • Dapatkan makanan yang biasanya diambil oleh pesakit Semput / Asma sejak dahulu lagi seperti Petola, Halia dan Madu yang amat bagus mengurangkan simptom/gejala Semput / Asma.
  • Mula untuk makan makanan yang berkhasiat dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Sekiranya sukar untuk mendapatkan sumber asli makanan berkhasiat, dapatkan dari Pemakanan Makanan Tambahan Kesihatan.
  • Penawar semulajadi untuk semua jenis penyakit adalah “Makan Apabila Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang (sebelum sendawa).

Saranan :

Dapatkan makanan Tambahan Kesihatan bagi mereka yang selalu terdedah kepada makanan harian yang tidak sihat.

Tinggi Khasiatnya Meningkatkan Sistem Imun.

12-21

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50         Twitter 2 - 50 x 50       Whatsapp - 300 x 300 

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Laman Web: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

sketch-1534788529473_1

Sakit Sendi.

Sakit Sendi.

sketch-1534789117972_1

Punca

Sakit sendi boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kecederaan atau keadaan. Ia boleh dikaitkan dengan artritis, radang kandung lendir, dan sakit otot. Tidak kira apa yang menyebabkan ia, sakit sendi boleh menjadi sangat tidak selesa. Beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit sendi adalah:

  • Penyakit autoimun seperti artritis reumatoid dan lupus
  • Radang kandung lendir
  • Chondromalacia patellae
  • Kristal di dalam sendi: Gout (terutamanya dijumpai di ibu jari kaki) dan CPPD
  • Arthritis (pseudogout)
  • Jangkitan yang disebabkan oleh virus
  • Kecederaan, seperti keretakan
  • Osteoarthritis
  • Osteomielitis (jangkitan tulang)
  • artritis septik (jangkitan bersama)
  • tendinitis
  • melakukan senaman atau berlebihan yang luar biasa, termasuk strain atau terseliuh.

Penjagaan di Rumah

Ikut cadangan penasihat kesihatan berkenaan penjagaan anda untuk merawat punca kesakitan.
Untuk sakit sendi nonarthritis, rehat dan senaman adalah penting. Mandian panas, urut, dan senaman regangan boleh dilakukankan sekerap yang mungkin.

Acetaminophen (Tylenol) boleh membantu meredakan kesakitan dan berasa lebih baik.

Ubat-ubatan anti-radang bukan steroid (NSAIDS) seperti ibuprofen atau naproxen boleh membantu melegakan kesakitan dan bengkak. Bercakap dengan pembekal produk anda sebelum menggunakan aspirin atau NSAID seperti ibuprofen untuk kanak-kanak.

Hubungi Profesional Perubatan (Doktor)

Hubungi Doktor anda jika:
Anda mempunyai demam yang tidak berkaitan dengan gejala selesema.
Anda telah kehilangan 10 paun (4.5 kilogram) atau lebih tanpa berbuat apa-apa (untuk menghilagkan berat badan yang tidak diingini).

Sakit sendi anda berlangsung selama lebih daripada 3 hari.

Keadaan anda yang semakin teruk, sakit sendi yang tidak dapat dijelaskan dan bengkak, terutamanya jika anda mempunyai tanda-tanda lain yang tidak dapat dijelaskan.

Apa yang perlu dijangkakan apabila berjumpa Doktor anda

Anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan meminta anda soalan tentang sejarah perubatan anda dan gejala-gejala, termasuk:

  • Yang bersama menyakitkan? Adakah kesakitan pada satu pihak atau kedua-dua belah pihak?
  • Apa yang bermula kesakitan dan berapa kerap anda mempunyai ia? Adakah anda mempunyai sebelum ini?
  • Adakah kesakitan ini bermula tiba-tiba dan teruk, atau perlahan-lahan dan sedikit?
  • Sakit yang berterusan atau adakah ia datang dan pergi? Adakah kesakitan menjadi lebih teruk?
  • Adakah anda cedera bersama anda?
  • Adakah anda mempunyai penyakit, ruam, atau demam?
  • Adakah berehat atau bergerak membuat sakit yang lebih baik atau lebih teruk lagi?
  • Adakah jabatan tertentu lebih atau kurang selesa? Adakah menjaga bantuan tinggi bersama?
  • Adakah ubat-ubatan, urut, atau memohon haba mengurangkan rasa sakit?
    Apa gejala-gejala lain yang anda ada?
  • Adakah sebarang kebas?
  • Bolehkah anda membengkok dan meluruskan sendi? Adakah sendi terasa kaku?
  • Adakah sendi anda sengit pada waktu pagi? Jika ya, berapa lama kekukuhan bertahan?
  • Apa yang membuatkan kekejangan yang lebih baik?

Ujian yang boleh dilakukan termasuk:

  • CBC atau pengkamiran darah
  • Protein C-reaktif
  • Bersama x-ray
  • Kadar pemendapan
  • Ujian darah yang khusus kepada pelbagai gangguan autoimun
  • Terapi fizikal untuk otot dan pemulihan bersama mungkin akan disyorkan. Prosedur yang dipanggil arthrocentesis mungkin diperlukan untuk mengeluarkan cecair dari sendi yang sakit.

Nama lain bagi Sakit Sendi.
Kekakuan pada sendi; Pain – sendi; arthralgia

Rujukan:
Bykerk VP, Crow MK. Pendekatan kepada pesakit dengan penyakit reumatik. In: Goldman L, Schafer AI, ed. Cecil Medicine Goldman. ed-25. Philadelphia, PA: Elsevier Saunders; 2016: bab 256.

Schaible H-G. Sakit sendi: mekanisme asas. In: McMahon SB, Koltzenburg M, Tracey I, Turk DC, ed. Wall & Melzack ini Textbook of Pain. ed 6. Philadelphia, PA: Elsevier Saunders; 2013: bab 44.

Dapatkan Kesihatan Sendi Dengan Makanan Berkhasiat Yang Mengandungi Bahan Yang Kaya Dengan OPCs.

Makanan yang kaya dengan Oligomeric Proanthocynidins (OPCs) yangmemberikan kesihatan terhadap kulit, jantung dan sendi. Tinggi antioksida dan mengandungi vitamin A, C dan E.

sketch-1534788529473_1

Apa Itu OPCs..??

– sejenis bahan antioksida yang kuat.
– ditemui oleh saintis hamper 50 tahun yang lalu.
– banyak terkandung dalam biji anggur dan kulit kayu pain.
– 50 kali lebih kuat daripada vitamin E.
– 20 kali lebih kuat daripada vitamin C.
– diserap dengan lebih cepat ke dalam aliran darah
(15 hingga 30 minit daripada pemakanan).

Diantara kelebihan yang ada pada bahan makanan yang tinggi dengan jumlah OPCs.

1. Sokongan Antioksida.
Kandungan makanan yang mempunyai kuat antioksida merupakan “pemusnah radikal bebas” dan berfungsi sebagai pembantu untuk sokongan sistem imun (daya tahan penyakit) badan terhadap keradangan, alahan dan jangkitan.
Kelebihan utama molekul-molekul ini adalah ia akan menyerap ke dalam membran/dinding sel dan melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas larut air dan OPCs merupakan sejenis bahan yang larut dalam air dan lemak.

2. Sokongan Kardiovaskular.
OPCs membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular dengan meningkatkan kekuatan dan keanjalan kapilari.
OPCs juga dapat membantu menggalakkan perkembangan salur darah, dan menyokong aktiviti platlet yang sihat.

3. Sokongan Tisu Penghubung.
OPCs dapat menyokong protein yang meliputi tulang rawan dan tendon. Tindakan ini membolehkan tisu-tisu mengekalkan keanjalan asalnya.

4. Pengurusan Anti-Keradangan.
Keradangan dipercayaai adalah punca sebenar semua penyakit.
Satu kajian dari Arab Saudi telah mendapati bahawa OPCs dari biji anggur boleh menyelaraskan aktiviti sel-sel T (sel-sel system imun) untuk pengaturan yang tertentu yang boleh menghentikan penanda keradangan.

PRODUK MAKANAN TAMBAHAN YANG KAYA DENGAN OPCs.

Sokongan Utama:

  • Antioksida.
  • Anti-Keradangan.
  • Anti-Penuaan.

Sokongan Tambahan:

  • Sistem Imun.
  • Kesihatan Kulit.
  • Sokongan Fungsi Sendi.
  • Kesihatan Kardiovaskular.
  • Kesihatan Menyeluruh.

Kelebihan dan kebaikan sinergestik/campuran daripada 6 jenis herba terpilih. Ia dirumus untuk membekalkan sokongan antioksida yang kuat.

1 PRODUK DENGAN KEBAIKAN DARIPADA 6 JENIS
BAHAN-BAHAN BERKUALITI
JIMAT KOS DAN SENANG DIMAKAN…!!

Ada 6 jenis bahan-bahan berkhasiat yang terkandung di dalamnya :

(12)-2.png

 

 

 

Bahan lain yang boleh meningkatkan fungsi sendi ialah minyak ikan Omega-3.

Antara khasiat dan kebaikan Omega-3:

  • Pengganti hormon semulajadi.
  • Kesihatan dan sokongan sistem saraf.
  • Sokongan sistem imun (daya tahan penyakit).
  • Membantu mengawal keinginan makan.
  • Membakar lemak simpanan (Tringliserida) badan.
  • Penting untuk wanita mengandung dan ibu menyusu.
  • Kesihatan fungsi otak.
  • Kesihatan Sistem Kardiovaskular.
  • Meningkatkan penglihatan.
  • Kesihatan kulit.
  • Kesihatan fungsi sendi.
  • Anti-keradangan (mengurangkan keradangan).

 

Mempunyai khasiat daripada minyak ikan Omega-3 dan minyak tumbuhan Omega-6 dalam nisbah Omega-6 : Omega-3 sebanyak 1:5 (nisbah yang lebih baik dari saranan 1:1) untuk membekalkan pelbagai jenis asid lemak perlu (asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan).

Menggabungkan kesan sinergestik campuran minyak ikan dan minyak tumbuhan untuk memberikan sokongan kesihatan secara menyeluruh. Campuran minyak ikan daripada ikan kecil yang mengandungi jumlah merkuri dan logam berat yang jauh lebih rendah daripada ikan besar.

Note:

Untuk penjagaan kesihatan dan mengelakkan dari kemudaratan, seseorang perlu mengambil jumlah Omega-6 yang tidak melebihi jumlah Omega-3 (maksima 1:1). Dapatkan makanan tambahan yang mengandungi Omega-3 yang jauh lebih banyak. daripada jumlah Omega-6.

12-21

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50       Twitter 2 - 50 x 50      Whatsapp - 300 x 300   

Facebook: www.facebook.com/Ainudin.TFGelangPatah
Email: ainudin.mohamad@gmail.com
Website:  easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

BUAH PINGGANG/GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

PH_HomepageBannerAmazingDeals_FB_1200x628

Batu Karang.

Batu Karang.

sketch-1534789117972_1

Penyakit batu karang terjadi apabila berlaku perubahan kandungan bahan-bahan kumuh yang terdapat dalam air kencing. Perubahan yang terjadi terhadap kandungan air, bahan-bahan mineral atau garam akan menyebabkan penyakit Batu Karang. Peningkatan asid urik dan sistin asid amino juga akan menyebabkan ia terhablur menjadi Batu Karang dalam BUAH PINGGANG/GINJAL.

Dehidrasi yang berlebihan di samping pengurangan kadar pengambilan air minuman akan mempercepatkan lagi penghasilan Batu Karang. Sesetengah orang akan menghidapi penyakit Batu Karang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan dan ada juga disebabkan oleh faktor keturunan.

_20170413_225631

Tanda-Tanda Serangan Penyakit.

Apabila Batu Karang terhasil dalam buah pinggang, ia akan sering menyebabkan kesakitan secara tiba-tiba. Sakit akan menjadi semakin teruk apabila Batu Karang bergerak melalui salur Ureter ke Pundi Kencing.

Pesakit akan merasa sakit di bahagian belakang ke bawah dan kadang-kadang kesakitan dapat dirasa sehingga ke bahagian abdomen dan pangkal peha. Sakit yang kronik apabila terdapatnya darah dan Batu Karang dalam air kencing.

Panduan Kesihatan Pesakit Batu Karang.

  • Minum banyak air kosong untuk mengurangkan kepekatan air kencing.
  • Elakkan minuman manis terutamanya minuman berkarbonat.
  • Elakkan makanan yang mengandungi Vitamin B6 dan Potasium seperti barli, kentang, keledek, tepung gandum, bunga kobes dan pisang.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberry, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan gula.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya serat.
  • Kurangkan makanan berprotein dari sumber haiwan dan diganti dengan protein tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi dan teh.
  • Kurangkan minuman beralkohol bagi bukan Muslim.

sketch-1534788529473_1

Kaedah Semulajadi Merawat Batu Karang.

Kaedah 1.
Rebus sebatang pokok bunga matahari bersama akarnya dalam periuk yang bersesuaian saiznya dengan air yang hampir penuh sehingga tinggal segelas airnya. Tapis dan amalkan minum seperti teh sehingga beberapa hari.

Kaedah 2.
Kupas sebiji nanas dan cincang sehingga kecil. Campurkan dengan segelas air dan sedikit garam, kisar dengan blender. Amalkan minum segelas jus nanas setiap hari. Boleh juga diganti dengan sulur nanas dan dicampurkan dengan sedikit gula.

Kaedah 3.
Minum air jus lobak putih 2 kali dalam seminggu. Tidak boleh diamalkan setiap hari kerana ia bersifat tajam dan boleh memudaratkan sekiranya diambil berlebihan.

Kaedah 4.
Jus epal hijau dengan sedikit minyak zaitun diamalkan 5 gelas sehari (selama 4 hari). Boleh juga dengan hanya memakan epal hijau. Ia boleh melembutkan Batu Karang.

Kaedah PALING CEPAT dan MUDAH..!!

12-21

Hubungi Saya Di:

Facebook -50 x 50        Twitter 2 - 50 x 50       Whatsapp - 300 x 300   

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Website: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

PH_HomepageBannerAmazingDeals_FB_1200x628

Gangguan Aliran Darah Ke Otak

Gangguan Aliran Darah Ke Otak


sketch-1534789117972_1

Ia akan menyebabkan serangan penyakit Angin Ahmar atau “Strok”…!!

stroke-2
Stroke juga dikenali sebagai serangan otak, kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. Ada 2 sebab gangguan aliran darah ini berlaku iaitu sama ada aliran darah tersekat oleh darah beku atau lemak (Strok Tersumbat – Ischemic Stroke) dan juga saluran darah di bahagian otah pecah menyebabkan pengaliran darah di sekitar bahagian tisu otak (Strok Berdarah – Hemorrhage Stroke).

Otak memerlukan bekalan oksigen dan nutrient yang berterusan untuk berfungsi. Seseorang akan mendapat masalah walaupun ganguan yang singkat dalam bekalan darah terjadi di bahagian otak. Sel-sel otak mula mati apabila tidak mendapat bekalan darah atau oksigen. Apabila strok terjadi, perubahan terjadi pada otak dari segi fizikal dan komposisi kimia. Ia boleh berlanjutan selama beberapa hari dan keadaan ini dipanggil “Evolusi Strok”.

Fungsi otak akan merosot dengan kematian sel-sel otak. Ia akan menyebabkan keupayaan fizikal seseorang itu turut terjejas seperti pergerakan, pertuturan, pemikiran dan ingatan, pemakanan, emosi, fungsi usus dan pundi kencing akan terjejas. Keupayaan pemulihan penyakit ini bergantung kepada saiz dan lokasi bahagian otak bagi strok itu berlaku. Strok kecil boleh menyebabhan masalah seperti lemah di lengan atau kaki. Keadaan yang lebih kritikal boleh menyebabkan lumpuh (hilang keupayaan pergerakan bahagian badan), kehilangan keupayaan bercakap atau boleh menyebabkan kematian.

Stroke Tersumbat (Iskemic Stroke) terbahagi kepada 2 ketagori:

  • Strok Trombotik:
    Keadaan di mana salur darah tersumbat disebabkan pengumpulan lemak pada dinding kapilari salur darah di dalam otak.
  • Strok Embolik:
    Sumbatan berlaku disebabkan cebisan lemak atau darah beku yang hadir daripada bahagian tubuh yang lain dan mengalir mengikut aliran darah ke otak dan menyebabkan sumbatan pada salur kapilari darah berlaku.

Stroke Berdarah (Hemorrhage Stroke) terbahagi kepada 2 ketagori:

  • Intra-Serebral:
    Pendarahan dari saluran kapilari darah di dalam otak.
  • Sub-Raknoid:
    Pendarahan dalam ruang Sub-Raknoid (ruang di antara otak dan membran yang menyelaputi otak).

Strok Iskemik Trombotik.

Kadang-kadang gejala Strok Trombotik berlaku secara tiba-tiba dan sering berlaku samasa tidur atau pada awal pagi. Pada masa yang lain, ia mungkin berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa jam atau hari. Ia juga kadang-kadang didahului oleh beberapa kali strok kecil (Mini Stroke) yang dipanggil serangan Iskemik sementara atau TIA (Temporary Ischemic Attack). TIA boleh berlangsung dari beberapa minit ke beberapa hari sebagai tanda Serangan Strok akan berlaku. Walaupun ringan dan bersifat sementara, gejala/simptom yang ditunjukkan adalah sama seperti serangan strok yang sebenar.

Satu lagi jenis strok yang berlaku dalam pembuluh darah kecil (salur kapilari) ialah ” Infaksi Lacunar”. Lacunar berasal daripada bahsa Latin yang bermaksud “Lubang” atau “Rongga”. Infaksi Lacunar sering terjadi kepada orang yang mengalami penyakit Kencing Manis (Diabetes) dan tekanan Darah Tinggi.

stroke-1

Strok Iskemik Embolik.

Strok Embolik biasanya disebabkan oleh darah beku (embolus) yang terbentuk di bahagian badan yang lain dan bergerak melalui aliran darah ke otak. Ia sering disebabkan oleh penyakit jantung atau pembedahan jantung. Ia berlaku dengan cepat tanpa tanda-tanda awal serangan strok. Kira-kira 15% peratus daripada strok jenis ini berlaku kepada pesakit Fibrilasi Atrium (sejenis penyakit jantung berkaitan kadar irama denyutan jantung yang tidak normal).

Strok Hemorrhage Intra-Serebral.

Pendarahan Intra-Serebral biasanya disebabkan oleh tekanan Darah Tinggi (Hypertension) dan ia berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Biasanya tiada tanda-tanda amaran dan pendarahan boleh menjadi teruk menyebabkan koma dan kematian.

Strok Hemorrhage Sub-Raknoid.

Pendarahan Sub-Raknoid terjadi apabila pendarahan berlaku di antara otak dan lapisan membrane yang menyelaputi otak (di ruang Sub-Raknoid). Ia merupakan pendarahan yang sering disebabkan oleh Aneurism atau Kecacatan Arteriovenous (AVM).

  • Aneurism adalah bonjolan pada kawasan yang lemah pada dinding arteri dan mempunyai risiko untuk pecah. Ia berkembang dengan faktor tekanan Darah Tinggi atau Aterosklerosis.
  • Aneurism adalah gangguan kongenital yang terdiri daripada jaringan salur kapilari darah yang tidak tersusun dengan baik.

Gejala/simptom Penyakit Strok Yang Biasa Dialami.

Berikut merupakan tanda-tanda yang paling biasa dialami oleh seseorang yang berpotensi mengalami Penyakit Strok. Walau bagaimanapun, setiap orang akan mengalami tanda-tanda yang berbeza mengikut fizikal seseorang. Dapatkan rawatan dengan segera apabila terdapatnya tanda-tanda serangan Strok kerana rawatan yang berkesan adalah rawatan yang dilakukan serta-merta. Hubungi “Bantuan Kecemasan” secepat yang mungkin akan menyelamatkan pesakit Strok dari lebih kritikal atau maut.

  • lemah badan atau kebas muka, lengan atau kaki terutamanya pada sebelah bahagian badan.
  • mengalami kekeliruan atau susah untuk bercakap dengan lancar seperti biasa dan memahami percakapan.
  • penglihatan bermasalah seperti keremangan atau kehilangan penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
  • berasa pening dan bermasalah dalam mengimbangi badan dan berasa kekok dalam menetukan kedudukan anggota badan.
  • bermasalah dalam pergerakan/berjalan.
  • sakit kepala yang teruk tanpa sebab.

Semua tanda-tanda di atas berkemungkinan tidak berlaku untuk semua jenis strok. Jangan abaikan apabila ia berlaku walaupun hanya sementara sahaja dan hilang selepas beberapa ketika. Gejala strok berkemungkinan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Berunding dengan Ahli Fizik (Doktor) untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

sketch-1534788529473_1

Gejala-Gejala Strok Yang Lain.

Ini merupakan tanda-tanda strok yang jarang-jarang terjadi termasuklah:

  • loya secara tiba-tiba dan muntah, kemudian disusuli oleh demam yang bukan disebabkan oleh jangkitan virus.
  • fikiran menjadi kosong seketika atau hilang daya kesedaran terhadap persekitaran yang membawa kepada pengsan, kekeliruan, sawan atau koma.
  • serangan Iskemik sementara (Temporary Ischemic Attack – TIA).

TIA boleh menyebabkan banyak gejala-gejala yang sama seperti Strok, tetapi ia bersifat sementara dan berakhir selepas beberapa minit atau jam. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda atau sesiapa disekitar anda yang menunjukkan gejala Strok telah berlaku. Walau bagaimanapun, tidak semua Penyakit Strok menunjukkan tanda-tanda amaran (TIA).

 

Stroke Boleh Dielakkan …!!!

Dengan Bantuan Makanan Tambahan Berkhasiat Yang Dapat Memberikan Kesihatan Salur Darah Dan Jantung.

Sesuatu Yang Dapat Meningkatkan Sistem Imun Badan Dari Sebarang Ancaman Luaran…!!

12-21

 

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang
“IMMUNE BOOSTER”…??

clickhere

learn-more-1

Hubungi Saya Di Sini :

facebook-100-x-100       twitter-2-50-x-50      Whatsapp - 300 x 300   

Facebook: www.facebook.com/ainudin.b.mohamad
E-mail: ainudin.mohamad@gmail.com
Website: easylivingbiz.com
Phone:  011-20722639

Baca Tentang Ini Juga:

KENCING MANIS

DARAH TINGGI & JANTUNG

SAKIT SENDI

GINJAL

DIALISIS

KOLESTEROL

GOUT

IMMUNE BOOSTER

ANGIN AHMAR/STROKE

BATU KARANG

SEMPUT

SAKIT KEPALA / MIGRAINE

KEGEMUKAN

KERADANGAN

PH_HomepageBannerAmazingDeals_FB_1200x628