Apabila kita bercakap dalam topik kegemukan (berat badan berlebihan), adalah menjadi kelaziman bahawa kebanyakannya masyarakat kita mempunyai kuantiti lemak dalam badan yang berlebihan. Ia bukan satu masalah kegemukan (berat badan berlebihan) sekiranya seseorang itu mempunyai jisim otot yang lebih dan tidak ramai yang mempunyai keadaan fizikal yang sedemikian kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi dalam pembinaan otot badan.

Indek Berat Badan (BMI) yang ideal dan normal adalah di antara 18.5 – 22.9 manakala seseorang itu mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan) atau Obesiti apabila mempunyai Indek Berat Badan (BMI) yang lebih dari 27.5 yang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk diserang Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Jantung.

BERAPA BMI ANDA…!!!

Cara pengiraan Indek Berat Badan (BMI).

_20180419_215255

Kurang Berat : < 18.5
Normal : 18.5 – 22.9
Lebih Berat : 23.0 – 27.4
Obesiti : > 27.5

Dalam masalah kegemukan (berat badan berlebihan) ini biasanya tertumpu pada Lemak Viseral. Lemak Viseral merupakan faktor utama dalam masalah kegemukan (berat badan berlebihan). Ia merupakan lemak yang terdapat dalam Abdomen yang membalut organ dalaman dalam badan. Ia berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada organ dalaman apabila diperlukan. Lemak Surfikal pula adalah lemak yang terdapat di bawah kulit yang dapat membekalkan tenaga kepada organ di sekitar kulit.

Apa yang mahu saya tekankan di sini adalah mengenai faktor utama yang boleh menyebabkan perubahan berat badan. Tahap Kalori yang terdapat dalam makanan harian kita sebenarnya dapat memberikan kesan terhadap jisim Lemak Viseral dan Surfikal dalam badan kita dan menyumbang kepada masalah kegemukan (berat badan berlebihan). Lihat formula di bawah untuk anda lebih faham bagaimana kadar kalori dapat memberikan kesan terhadap masalah kegemukan (berat badan berlebihan).

Seseorang akan mengekalkan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) = Kalori keluar (tenaga keluar)

Seseorang akan kehilangan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) < Kalori keluar (tenaga keluar)
* < (bermaksud lebih rendah)

Seseorang akan mengalami pertambahan berat badan sekiranya :

Kalori masuk (tenaga masuk) > Kalori keluar (tenaga keluar)
* > (bermaksud lebih tinggi)

Kita boleh mendapatkan bekalan Kalori (tenaga) masuk melalui makanan harian kita dan mengeluarkan semula Kalori (tenaga) ini daripada aktiviti harian kita seperti bekerja dan bersenam.

Jadi, dapat kita simpulkan di sini bahawa kadar Lemak dalam badan dapat dikawal sekiranya kita memahami apa yang kita makan dan makan makanan yang sesuai bergantung pada aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Cara ini akan membantu seseorang itu dari mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan).

  • kawalan kuantiti makanan yang kita makan untuk menghadkan kadar Kalori yang masuk dalam badan.
  • kita mesti membakar lebih Kalori daripada jumlah Kalori yang kita makan.
  • makan makanan yang sihat dalam jumlah yang banyak juga akan menyumbang kepada masalah kegemukan (berat badan berlebihan).
_20180418_224843

ADAKAH ANDA MENGALAMI SITUASI BERIKUT..?

  • terlebih berat badan atau Obesiti (masalah kegemukan).
  • inginkan berat badan yang lebih sihat.
  • kerap makan di luar.
  • terlampau sibuk sehinggakan kurang masa untuk memasak.
  • inginkan sesuatu yang berkhasiat untuk sarapan anak-anak anda.
  • pengidap Diabetes yang mahukan makanan yang sesuai.

Atasi Masalah Kegemukan (Berat Badan Berlebihan)…!!!

Dapatkan Makanan Tambahan Yang Dapat Mengurangkan Penyerapan Lemak Berlebihan Disamping Dapat Meningkatkan Metabolisma Badan.

Makanan Tambahan ClenxTea Ini Dapat Meningkatkan Kadar Metabolisma Ke Tahap Yang Optimum Di Samping Memberikan Zat-Zat Yang Diperlukan Oleh Badan Untuk Kesihatan Menyeluruh,

Fiit-S Weigh Management :

Untuk Membakar Lemak Dan Mengurangkan Berat Badan Berlebihan.

Hubungi Saya Di Sini :

Baca Tentang Ini Juga:



Tinggalkan komentar