✅ Virus ini merebak melalu udara dari titisan air liur akibat bersin atau batuk. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan termasuklah barangan yang pernah disentuh (tercemar oleh titisan itu) oleh pembawa virus dan seterunya berjaya memasuki saluran pernafasan seseorang.

✅ Bagi memastikan sama ada Covid-19 telah menjangkiti seseorang itu adalah dengan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) dengan cara mengambil sampel darah, sampel bendalir tekak dan bendalir hidung bagi menjalani ujian tersebut.

✅ Setakat ini tiada lagi penawar atau ubat bagi merawat pesakit tetapi pesakit hanyalah diberikan sokongan untuk meneruskan ketahanan tubuh badan terhadap serangan virus sehinggalah pesakit tersebut akan pulih dengan sendiri.

✅ Terdapat 3 jenis Corona Virus iaitu 2003 SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), 2012 MERS (Midle East Respiratory Syndrome) dan yang terkini 2019 Novel Corona Virus (Covid-19).

✅ Setakat ini tiada bukti bahawa Virus ini dapat hidup di luar dari saluran pernafasan dalam tempoh yang lama. Dijangkakan ia akan hanya dapat bertahan kurang dari 2 jam sahaja dan akan mati sekiranya tidak dapat memasuki saluran pernafasan manusia atau haiwan.

Statistik 2021 :

Setelah 100 hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang telah bermula pada 24 Feb 2021, sebanyak 3.2 juta dos telah diberikan kepada masyarakat.

PKP 3.0 Bermula Dari 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Disebabkan Jumlah Jangkitan Harian pada bulan Mei 2021 menjadi semakin buruk (melebihi 5,000 setiap hari), kerajaan telah memutuskan untuk membuat PKP 3.0.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Feb 2021 sehingga 23 Feb 2022 dan dijalankan dalam 3 Fasa.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos di Lampangan Terbang KLIA pada 21 Feb 2021 jam 10 pagi.

PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) tamat pada 9 Jun 2020 dan masuk ke fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020).

Setakat 2 Jun 2020 (dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah bermula sejak 4 Mei 2020).

Setakat 28 April 2020 (dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula sejak 16 Mac 2020).

Setakat 23 Mac 2020 (dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula sejak 16 Mac 2020).

Pada tahun lalu (akhir 2019) sebanyak 40,000 pekerja telah kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak Covid-19 dan jumlah ini dijamgka akan mencecah 100,000 orang pada tahun ini (2020). Begitulah yang dipetik dari akhbar Sundaily berkenaan impak ekonomi yang melanda negara dan jumlah itu adalah jumlah ramalan dari Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Wabak ini dikatan berpunca dari sebuah pasar basah di wilayah Wuhan di Cina yang menawarkan berbagai-bagai pilihan haiwan eksotik yang hidup untuk dijadikan makanan seperti ular, katak, kelawar, kura-kura, monyet dan berbagai-bagai lagi.

Manakala di Putrajaya, Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Dzulkefly Ahmad pula menyatakan bahawa penularan wabak ini adalah masih dalam kawalan dan berada dalam tahap pembendungan awal. Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersedia dan terus memperkukuhkan lagi langkah-langkah bagi menghadapi kemungkinan penularan wabak ini memasuki fasa yang seterusnya.Ianya berkaitan dengan tahap pembendungan akhir dan tahap mitigasi.

Simptom / Gejala / Tanda-Tanda Covid-19.

🤒 Demam

😖 Batuk

😵 Sesak Nafas

Sekiranya Mengalaminya dalam tempoh yang lama (lebih dari 14 hari), anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan bagi mengenal pasti penyakit dan menjalani rawatan yang sepatutnya.

Sementara itu di Sepang, 4 individu telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebarkan berita palsu berkaitan dengan penularan wabak Covid-19. Salah seorang yuang ditahan itu termasuklah Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyelidik dahulu apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penularan atau jangkitan wabak Covid-19 ini sebelum menyebarkan kepada orang ramai untuk memastikan tidak tercetusnya bahaya yang lebih besar lagi seperti keadaan huru-hara dalam masyarakat dengan menyebarkan berita palsu.

Setakat 13 Mac 2020, menurut Bernama, Pertubuha Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan bahawa wabak Covid-19 ini adalah sebagai Pandemik. Setakat ini jumlah jangkitan bertambah kepada 197 kes dengan pertambahan besar sebanyak 39 kes telah berlaku di negara ini.

WHO juga telah memberi nama rasmi bagi virus“2019-nCov” ini sebagai COVID-19 yang merupakan singkatan bagi Corona Virus Disease 19. Virus Covid-19 ini dilaporkan mempunyai ginetik yang serupa dengan virus yang terdapat pada ular dan kelawar.

Berita terbaru menyatakan bahawa KKM sedang berusaha untuk mengesan rakyat Malaysia yang telah menghadiri Perhimpunan Tabligh yang berlangsung di Masjid Sri Petaling, Selangor pada 27 Febuari sehingga 1 Mac 2020. Majlis itu telah disertai seramai 16,000 orang yang dating dari beberapa buah negara dan dianggarkan seramai 14,500 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Setakat 13 Mac, tiga negeri telah mengesan jangkitan Covid-19 yang ada kaitan dengan perjumpaan Perhimpunan Tabligh itu (1 kes di Sabah, 1 Kes di Kelantan dan 3 kes di Sarawak).

Langkah-Langkah Pencegahan.

WHO telah menyarankan beberapa langkah pencegahan dari menularan penyakit Covid-19:

👊 Kerap mencuci tangan.

👊 Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum mencuci tangan.

👊 Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.

👊 Memasak telur dan daging dengan sempurna.

👊 Elakkan bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.

👊 Elakkan aktiviti berkunjung ke tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti di pasar-pasar atau majlis keramaian. Sekiranya terpaksa, jangan lupa untuk memakai penutup mulut dan sentiasa membawa bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

👊 Elakkan daripada pergi ke lading-ladang ternakan dan menyentuh haiwan ternakan.

Perutusan Khas Perdana Menteri.

Pada hari ini 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia Yang Baharu (Perdana Menteri Ke-8) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberikan Perutusan Khas pada jam 10 malam berkaitan dengan wabak Covid-19 ini dalam saluran Radio dan Television Utama negara.

Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac – 31 Mac 2020)

** Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya , pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

📣📣📣 Sekatan aktiviti pergerakan, perhimpunan ramai dan sosial seperti ceramah agama, sukan, majlis kebudayaan dan semua jenis aktiviti perhimpunan. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di Masjid dan Surau termasuklah solat Jumaat.

📣📣📣 Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat ke luar negara. Bagi rakyat yang baru pulang dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

📣📣📣 Sekatan kemasukan pelancong dari luar negara.

📣📣📣 Penutupan semua Taska, Sekolah Awam dan Swasta, Institusi Pendidikan Rendah/Menengah dan Pra Universiti.

📣📣📣 Penutupan semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta termasuk Institusi Kemahiran.

📣📣📣 Penutupan semua Premis Kerajaan dan Swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting (Air, Elektrik, Tenaga, Telekomunikasi, Pos, Pengangkutan, Pengairan, Minyak, Gas, Bahan Api, Pelincir, Penyiaran, Kewangan, Perbankkan, Kesihatan, Farmasi, Bomba, Penjara, Perlabuhan, Lampangan Terbang, Keselamatan, Pertahanan, Pembewrsihan, Peruncitan dan Bekalan Makanan.

Fasa Peralihan Ke Endermik

Kerajaan telah membuka sempadan untuk perlancungan bermula Jumaat (31/3/2022) dan mula memasuki Fasa Peralihan Endermik pada Sabtu (1/4/2022). Dengan ini usaha untuk merancakkan lagi ekonomi akan bermula dan ini banyak melegakan rakyat terutamanya golongan peniaga kecil-kecilan.

Hubungi Saya Di Sini :



Tinggalkan komentar